Tiga terbunuh, 40 cedera serangan bom di Turki

Tiga terbunuh, 40 cedera serangan bom di Turki

ISTANBUL, 18 Ogos – Tiga orang terbunuh dan 40 lagi cedera semalam dalam serangan bom kereta di bandar timur Turki Van yang dijalankan oleh Parti Pekerja Kurdistan (PKK), kata seorang pegawai tempatan.

Serangan itu menyasarkan ibu pejabat polis di daerah Ipekyolu pusat bandar Van, Timbalan Gabenor Van Mehmet Parlak dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Anadolu, menyalahkan “kumpulan pengganas serantau”, frasa rasmi bagi PKK.

Beliau berkata, tiga yang terbunuh merupakan orang awam manakala dua daripada 40 yang cedera adalah polis.

Anadolu berkata selepas polis pengeboman dihantar ke tempat kejadian, mereka mengenal pasti militan bernama M.O. disyaki membawa bom kereta di hadapan balai polis tersebut.

Beliau mengalami kecederaan dan ditahan ke ibu pejabat polis utama di bandar Van untuk disoal siasat, katanya.

Lokasi letupan di wilayah tenggara Turki, Elazig semalam. Sebuah bom kereta diletupkan berhampiran balai polis di wilayah timur Turki semalam, membunuh sekurang-kurangnya tiga dan mencederakan lebih 100 yang lain. – Xinhua
Lokasi letupan di wilayah tenggara Turki, Elazig semalam. Sebuah bom kereta diletupkan berhampiran balai polis di wilayah timur Turki semalam, membunuh sekurang-kurangnya tiga dan mencederakan lebih 100 yang lain. – Xinhua

Pasukan keselamatan Turki telah dilanda serangan hampir setiap hari oleh PKK sejak kegagalan dua dan setengah tahun gencatan senjata pada tahun 2015, mengakibatkan beratus-ratus polis dan tentera terbunuh.

Tetapi Van, sebuah bandar yang mempunyai penduduk Kurdish dan Turki dan memiliki destinasi pelancongan popular, secara umumnya terlepas dari serangan paling teruk seperti yang dilihat di bandar berhampiran di Diyarbakir.

PKK telah melakukan serangan pada minggu-minggu terakhir walaupun selepas kegagalan dalam rampasan kuasa pada 15 Julai lalu oleh unsur-unsur jahat dalam tentera yang bertujuan menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Lapan orang – lima polis dan tiga orang awam – terbunuh pada hari Isnin dalam serangan bom kereta oleh PKK di sebuah bangunan kawalan trafik polis di lebuh raya utama tenggara dari Diyarbakir.

Kerajaan telah berikrar untuk menggiatkan lagi kempen untuk membasmi PKK dari timur Turki. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA