Tiga terkorban ditelan ombak ganas

Tiga terkorban ditelan ombak ganas

BANDAR PANAMA, 3 Mei (AFP) – Tiga orang terkorban, seorang hilang dan beratus-ratus lagi telah dipindahkan selepas ombak ganas membadai pesisir pantai Pasifik di negara-negara Amerika Latin dari Mexico hingga Chile.

Di Panama, seorang telah dihanyutkan oleh ombak kuat yang mencetuskan amaran daripada pihak berkuasa semalam, sementara di Mexico seorang lelaki lemas di pantai Acapulco.

Ombak setinggi empat meter telah membadai kediaman di tepi laut dan membanjiri jalan-jalan di bandar peranginan Mexico.

Kematian ketiga berlaku di bandar Valparaiso, Chile tempat seorang pelancong Eropah telah dihanyutkan dan seorang lagi cedera, menurut pejabat kecemasan negara.

Manakala itu, seorang budak lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang di El Salvador berhampiran bandar Playa Metalio. Ramai orang terpaksa diselamatkan dan sekitar 400 telah dipindahkan ketika ombak kuat memusnahkan lebih 50 buah rumah di seluruh pantai negara itu.