Tiga warga emas dipeduli

Tiga warga emas dipeduli

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Bagi membantu warga asnaf fakir miskin terutama golongan warga emas di Kampung Kasat, Kampung Lupak Luas dan Kampung Putat; Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama pagi tadi mengadakan Program Amal Semanis Ramadan 2016 di Daerah Brunei dan Muara.

Program berkenaan merupakan bantuan kepada tiga buah keluarga warga emas yang hanya berharapkan pencen tua sebanyak $250 untuk keperluan seharian.

Sumbangan berupa bantuan barangan asasi itu telah disampaikan oleh Pengarah Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Zulkifli bin PADP Haji Abdullah selaku ketua rombongan program.

Penerima pertama yang menerima sumba-ngan itu ialah Hajah Kaipah binti Pengarah Haji Untong merupakan seorang warga emas berumur lebih 60 tahun yang hanya menerima pencen tua sebanyak $250 bagi menampung perbelanjaan dapur dan keperluan seharian serta membayar bil seperti elektrik dan telefon. Beliau juga menghidap penyakit darah tinggi, kolestrol dan juga kayap di rumah beliau yang sudah usang bersama anak-anak beliau.

Haji Zulkifli bersama rombongan semasa berkunjung ke rumah Hajah Kaipah.
Haji Zulkifli bersama rombongan semasa berkunjung ke rumah Hajah Kaipah.
Seorang warga emas menerima sumbangan berupa barangan asasi.
Seorang warga emas menerima sumbangan berupa barangan asasi.
Keadaan rumah warga emas di Kampung Putat.
Keadaan rumah warga emas di Kampung Putat.

Manakala Haji Yahya bin Sulaiman, 81 tahun, penerima kedua dalam program itu adalah seorang warga emas yang hanya tinggal bersama anak perempuannya yang bungsu bersama suami dan sembilan orang anak, hanya mene-rima pencen tua sebanyak $250 bagi menanggung keperluan dirinya, anak serta cucu-cucunya yang tinggal di rumah yang agak usang. Beliau kini sedang menjalani rawatan penyakit jantung di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Dan akhir sekali, Awang Damit@Abdul Hamid bin Haji Munap, 74 tahun, juga menerima bantuan tersebut di mana beliau adalah seorang warga emas yang juga menerima pencen tua sebanyak $250 dan menghidap penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis. Beliau kini menerima rawatan berjadual pada setiap hari Isnin dan Jumaat, dan pernah menerima bantuan daripada Majlis Ugama Islam dan JAPEM selama 6 bulan sahaja.

Bantuan kepada keluarga-keluarga berkenaan adalah bertujuan untuk membantu mereka dalam menyediakan keperluan keluarga di Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba agar mereka dapat merayakan Lebaran dengan meriah dan gembira.

ARTIKEL YANG SAMA