Tiga warga Kanada didakwa berhubung kes kokain AS$23 juta

Tiga warga Kanada didakwa berhubung kes kokain AS$23 juta

SYDNEY, 29 Ogos – Tiga penumpang Kanada yang menaiki kapal pelayaran telah didakwa dengan penyeludupan dadah hari ini selepas polis Sydney dipercayai menemui 95 kilogram (209 paun) kokain dalam bagasi kabin mereka.

Rampasan itu bernilai 31 juta dolar Australia (AS$23 juta) adalah rampasan terbesar dalam narkotik Australia yang dibawa oleh para penumpang kapal pelayaran atau pesawat penerbangan, kata komander Pasukan Sempadan Australia, Tim Fitzgerald.

Andre Tamine, 63, Isabelle Lagace, 28, dan Melina Roberce, 22, telah ditangkap kelmarin selepas kapal MS Sea Pricess, dioperasikan oleh Princess Cruises berpangkalan di California, berlabuh di Sydney.

Ketiga-tiganya itu tidak memohon rayuan apabila mereka didakwa di Mahkamah Tempatan Tengah Sydney dengan mengimport kokain dalam kuantiti komersial. Mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit bersalah.

Mereka akan kekal ditahan sehingga perbicaraan mahkamah seterusnya pada 26 Oktober.

Ketiga-tiganya telah menaiki kapal itu di bandar pelabuhan Southampton, Britain.

Polis sedang menyiasat sama ada mereka membawa dadah atau mendapatkannya daripada sebuah pelabuhan daripada beberapa buah yang dikunjungi kapal itu semasa dalam perjalanannya ke Australia.

Fitzerald berterima kasih kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS dan Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada kerana membantu mengenal pasti ketiga-tiganya sebagai ‘penumpang berisiko tinggi’ dalam kalangan 1,800 penumpang di kapal itu.

Fitzgerald mengatakan 35 kg kokain telah ditemui dalam bagasi di sebuah kabin yang dikongsi wanita berkenaan dan 60 kg dadah ditemui dalam bagasi lelaki itu di kabin berasingan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA