Tiga warga Korea Selatan ditembak mati di Filipina

Tiga warga Korea Selatan ditembak mati di Filipina

MANILA, Filipina, 13 Okt – Polis Filipina berkata mayat tiga warga asing dengan kesan tembakan di kepala mereka telah ditemui di sebuah ladang tebu di wilayah utara Pampanga. Kementerian Luar Korea Selatan berkata dua lelaki dan seorang wanita adalah warga Korea Selatan.

Polis penyiasat Victor Eduardo berkata hari ini bahawa polis masih menentukan identiti dan kerakyatan tiga mangsa korban yang ditemui oleh seorang pekerja ladang pada Selasa di bandar Bacolor.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa mempunyai kesan tembakan. Kaki mangsa seorang lelaki itu telah diikat dengan pita pembungkusan, manakala mangsa lelaki lain dan wanita itu mempunyai kesan jerutan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA