Tiga warga tempatan dipenjara

Tiga warga tempatan dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Tiga lelaki warga tempatan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan curi.

Muhammad Aiman bin Morni berusia 18 tahun dijatuhi 15 bulan penjara manakala Muhammad Sahrul Hardi bin Muhammad Mustafa, 19, dan Hairolazmie, masing-masing dijatuhi 12 bulan penjara.

pg06_160419_mahkamah logo2

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mencuri barang berharga, set kunci kereta dan sebuah kereta dari sebuah rumah di Panaga, Seria pada 14 April 2016.

Muhammad Aiman turut berdepan pertuduhan mencuri peralatan hiburan rumah dan set barang kemas di sebuah lagi rumah di kawasan yang sama, pada 7 April 2016. Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan hukuman ke atas kesemua tertuduh berkuat kuasa hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA