Tiger pemain terbaik sepanjang zaman

Tiger pemain terbaik sepanjang zaman

MIAMI, 21 Sept – Pesuruhjaya Jelajah PGA, Tim Finchem percaya Tiger Woods adalah pemain golf terhebat yang beraksi dalam sukan itu, meletakkan pencapaiannya di depan Jack Nicklaus biarpun memenangi kurang pertandingan berbanding “The Golden Bear.”

Finchem, yang bersedia untuk menuju persaraan, berkata bekas pemain nombor satu dunia, Woods yang memainkan peranan perubahan dalam sejarah sukan sama Michael Jordan dalam NBA.

“Dia adalah pemain yang masih ada untuk memenangi 79 kali, dan satu-satunya pemain yang memenangi banyak persaingan,” kata Finchem mengenai Woods.

“Dia adalah satu-satunya pemain yang telah memenangi 14 kejohanan utama, dan satu-satunya pemain yang memenangi banyak pertandingan,” tambahnya.

“Saya suka Jack Nickalus, tetapi saya perlu meletakkan Tiger di bawah seperti kemungkinan pemain terbaik yang pernah beraksi, dan cara yang dilakukannya dan dominasinya pada ketika itu apabila anda membawa lebih banyak lagi pemain yang lebih bagus, ia adalah menarik.

Tim Finchem ketika mengulas mengenai perkara tersebut. – AP
Tim Finchem ketika mengulas mengenai perkara tersebut. – AP

“Ia mengangkat semua kejohanan. Saya selalu merujuknya seperti Michael Jordan dalam NBA. Dia baru mengangkatnya dan membawa banyak peminat baru dalam pertandingan itu dan menukarnya.”

Woods bersedia untuk kembali beraksi di California bulan depan selepas tidak beraksi tahun lepas kerana kesakitan belakang.

Pemain itu, 40, mengekori penguasaan Nicklaus dengan 18 pertandingan utama dengan empat dan secara meluasnya dilihat sebagai percubaan yang mungkin tidak berjaya untuk mengatasi jumlah kemenangan pemain itu, 76.

Sementara itu, Finchem, yang bersara pada akhir tahun ini selepas 22 tahun sebagai Pesuruhjaya Jelajah PGA, berkata dia merasa optimis mengenai keadaan global sukannya.

“Ia adalah masa yang menarik bagi sukan itu. Terlalu banyak potensi di luar sana, lebih dari sebelumnya. Keadaan semula jadi sukan itu yang kami lihat jelas dalam Olimpik adalah di luar sana di depan kami untuk mengambil kelebihan,” kata Finchem, yang bercakap menjelang Kejohanan Jelajah minggu ini di East L;ake Golf Club, Atlanta. – AFP