Tiger Woods dahagakan gelaran major

Tiger Woods dahagakan gelaran major

MIAMI, 25 Dis (AFP) – Tiger Woods (gambar), juara 14 kali yang terpaksa berehat kerana kecederaan belakang, berkata dia menjangkakan lebih banyak gelaran–gelaran utama dan golf peringkat tinggi biarpun belum ada jadual rasmi untuk kembali ke sukan tersebut.

Woods, yang berusia 40 minggu depan, mengeluarkan gambar semalam dalam Twitter dan Instagram bagi anjing peliharaannya yang baru “Bugs” dengan dua ekor lagi dan bersama dua orang anaknya, Sam, Alexis dan Charlie.

Awal minggu ini, Woods berkata dalam laman sesawangnya bahawa biarpun tidak berbuat apa–apa dengan siri kecederaan terbaru, dia melihat dirinya kembali pada peringkat tinggi ketika dia melalui usia 40.

“Di mana saya melihat diri saya dalam tempoh lima ke 10 tahun seterusnya? Saya masih bermain golf pada peringkat tinggi dan memenangi pertandingan dan kejuaraan utama,” kata Woods.

Woods berkata perasaannya berubah mengenai berusia 40 tahun.

pg24_151226_b

“Secara mental, orang ramai tahu saya seperti berusia lima tahun. Secara fizikalnya, kadang kala saya berasa tua dan kadang kala saya berasa remaja,” kata Woods. “Saya tidak suka kedudukan yang bercanggah dari keduanya. Saya mahu berada di tempat lain di bahagian tengah di mana saya merasakan 40.”

Woods menggelar 2015 “laluan sukar sepanjang tahun, daripada kejatuhan kepada sebahagian kedudukan yang bagus” tetapi dia akan kembali kepada pertandingan Jelajah PGA tahun depan.

“Perkara yang saya lihat pada 2016 adalah untuk kembali ke luar sana sekali lagi,” kata Woods.

“Saya terlepas, dan saya mahu melakukannya dengan bebas daripada sebarang kesakitan. Saya tidak melakukannya buat masa yang lama. Saya menerimanya dengan tiba-tiba bagi beberapa tahun dan melakukan beberapa perkara yang menarik, tetapi saya mahu terus bertahan sihat.”

Woods telah mendaftar menjadi pembantu kepada kapten Piala Ryder AS, Davis Love tetapi berkata dia masih berharap untuk bermain dengan caranya ke dalam kedudukan pasukan itu.

“Saya teruja dinamakan naib kapten,” kata Woods. “Ia adalah baru, menyeronokkan dan istimewa.”