Tiger Woods mungkin akan beraksi kembali

Tiger Woods mungkin akan beraksi kembali

TEXAS, 26 April – Tiger Woods beraksi dalam pertandingan golf pertamanya sejak Ogos lalu semalam dalam perasmian padang di Montegomery, Texas yang meningkatkan spekulasi bahawa dia akan kembali beraksi tidak lama lagi.

Woods hadir bagi pembukaan Bluejack National Golf Course, yang mana dia membantu merekanya.

Bekas pemain nombor satu dunia itu mengadakan permainan pemanasan di depan penonton, membuat pukulan tee dan kemudian beraksi dalam beberapa lubang bersama sahabat lamanya dan juara utama, Mark O’Meara.

“Saya belum pernah beraksi seperti ini. Saya tidak beraksi dalam banyak lubang sehingga hari ini,” Woods memberitahu wartawan. “Saya tahu orang ramai berkata saya telah beraksi di beberapa lubang di Medalist, tetapi saya tidak pernah. Ini kali pertama saya beraksi dalam banyak lubang sejak Wyndham. Ia adalah seketika.”

Woods, 40, kali terakhir beraksi di Wyndham Championship di North Carolina pada Ogos lalu sebelum pembedahan belakang menamatkan tahunnya.

Rangking dunia Woods menjunam kepada 499 dan awal bulan ini, dia tidak beraksi dalam Masters bagi kali kedua sejak kemunculannya pada 1995.

Beberapa video mengenai juara 14 kali itu memukul bola golf telah muncul tahun ini dan semalam pusingan pendek menunjukkan peningkatan yang lebih jauh.

“Saya hanya berkembang,” katanya. “Anda melihat bagaimana saya melakukannya hari ini, baik dan lancar. Ia adalah lebih sukar berbanding saya hadapi pada bulan lalu. Hanya berkembang. Kami hanya perlu berkembang dan saya melakukannya.”

The Gold Channel melaporkan bahawa Woods akan bersaing di Wells Fargo Championship awal bulan depan tetapi Woods dan pasukannya mengekalkan belum ada perancangan bagi tarikh kembali. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA