Tiger Woods optimis

Tiger Woods optimis

KOHLER, AS, 9 Ogos (AFP) – Tiger Woods yang berada dalam kemelut terburuk kerjaya profesionalnya, menegaskan ada alasan bagi beliau untuk optimis ketika bersedia ke pertandingan utama 2015 – Kejohanan PGA di Whistling Straits.

Dalam menghadapinya, juara uama 14 kali itu berada dalam misi menyelamat, setelah terlepas beberapa cut pada pertandingan utama buat kali pertama sepanjang kerjaya dengan penyingkiran lebih awal di Terbuka AS dan Terbuka British.Sama ada Woods boleh menghentikan keadaan itu dilihat menjadi persoalan yang lebih jelas berbanding sama ada dia boleh menamatkan kemarau gelaran yang sekarang kembali kepada kejayaan Terbuka AS 2008.

Woods, yang tidak hadir pra PGA Bridgestone Invitational kerana ranking ke-266 dunia beliau tidak melayakkannya menyertai Kejuaraan Golf Dunia berkata, persembahannya minggu depan akan menentukan tahunnya selebihnya.

Jika dia cukup kuat untuk mempamerkannya, dia boleh menambah Kejuaraan Wyndham di North Carolina dalam jadualnya bagi usahanya untuk layak beraksi dalam play-off Jelajah Piala FedEx PGA AS. Jika dia tidak layak, musimnya akan berakhir, dan dia akan mendapati dirinya berada dalam kejohanan Deutsche Bank sebagai hos pertandingan yang tidak beraksi.

Woods membuat pukulan pada pusingan terakhir Quicken Loans National di Robert Trent Jones Golf Club 2 Ogos lalu. – AFP
Woods membuat pukulan pada pusingan terakhir Quicken Loans National di Robert Trent Jones Golf Club 2 Ogos lalu. – AFP

“Saya berharap boleh meningkatkan permainan dan berada dalam kelompok 100 teratas (dalam kedudukan Piala FedEx) dan boleh beraksi,” katanya minggu ini.

“Ia jelas hasrat yang cukup sederhana dalam kejohanan utama yang dimenanginya empat kali.

Woods adalah satu–satunya pemain yang memenangi Kejuaraan PGA berturut–turut sejak pertandingan itu bertukar kepada permainan strok.Dia melengkapkannyadua kali – 1999 dan 2000 begitu juga pada 2006 dan 2007. Woods didorong oleh persembahannya pada PGA Quicken Loans National, di mana purata pukulan lapan bawah 276 adalah yang paling rendah dicatatkannya dalam 72 lubang dalam hubungan kepada par di pertandingan PGA sejak Kejuaraan BMW 2013.

ARTIKEL YANG SAMA