Tikus di merata tempat

Tikus di merata tempat

PARA pengusaha restoran dan peniaga di Kompleks Perniagaan Delima Satu, di Serusop merungut dengan kehadiran banyak tikus di kawasan tersebut dan mereka khuatir haiwan itu boleh menyebarkan penyakit.

Menurut mereka, tikus-tikus tersebut didapati menyorok ke dalam lubang-lubang yang ada di dalam parit-parit konkrit dan batang paip yang dipasang pada dinding bahagian belakang bangunan-bangunan kedai.

Yang paling mereka khuatiri ialah tikus akan berkencing pada barang-barang makanan mahupun minuman dalam botol dan tin, tanpa disedari oleh peniaga yang barangan tersebut telah dicemari dengan kencing tikus.

Jika ini berlaku, ia boleh membawa kepada bahaya penyakit, malah boleh membawa maut.

Sehubungan itu, para peniaga di kawasan tersebut memohon agar pihak-pihak berkenaan dapat memberikan taklimat mengenai keselamatan dan melakukan pembasmian tikus di kawasan kompleks perniagaan tersebut. Rahmat Haji Abdul Rahman

ARTIKEL YANG SAMA