Tilam kesihatan dengan teknologi e-Ion Crystal

Tilam kesihatan dengan teknologi e-Ion Crystal

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Syarikat Home Suite Home selaku pengedar rasmi produk tilam jenama Simmons di Brunei Darussalam telah memperkenalkan produk terbaru daripada jenama terkenal dari Amerika Syarikat berkenaan, iaitu Simmons e-Ion Crystal Series yang terdapat dalam model BackCare dan Beautyrest.

Produk-produk ini mengetengahkan teknologi e-Ion Crystal terkini daripada Simmons yang dihasilkan di Jepun. Teknologi ini sangat popular di Jepun, yang menggabungkan keunggulan dan manfaat daripada serat ion negatif dengan terapi inframerah jauh.

Pengarah Urusan Home Suite Home Co, David Lo berkata, tilam-tilam dalam Simmons e-Ion Crystal Series bukanlah seperti tilam biasa, sinar inframerah jauh semula jadi dalam tilam-tilam ini boleh meningkatkan kesihatan si pengguna.

Menurut beliau, kepanasan daripada sinar inframerah jauh dapat meningkatkan pengaliran darah, yang merupakan aspek sangat penting untuk mengekalkan kesihatan.

Dihasilkan daripada 14 batu-batuan mineral semula jadi, termasuk tourmalline, teknologi e-Ion Crystal mewujudkan ruang udara berisi ion negatif yang mempunyai manfaat dalam mengurangkan keletihan, mengurangkan tekanan, meningkatkan kemampuan mental, meningkatkan penyerapan oksigen dalam aliran darah dan yang paling penting memberikan keselesaan tidur lebih berkualiti.

Produk jenama Simmons model BackCare dimuatkan dengan teknologi Simmons e-Ion Crystal Series yang boleh meningkatkan kesihatan penggunanya.
Produk jenama Simmons model BackCare dimuatkan dengan teknologi Simmons e-Ion Crystal Series yang boleh meningkatkan kesihatan penggunanya.

Selain daripada model BackCare dan Beautyrest, Home Suite Home juga memperkenalkan Beautyrest Black Luxury Collection yang memberi lebih keselesaan.

Antara teknologi sains yang dilengkapi dalam tilam-tilam ini termasuk ‘Pocketed Coil’ ciptaan Simmons dalam tahun 1925, gegelung berbentuk tong yang mengikut bentuk badan pengguna, memberikan sokongan optimum dan pemindahan pergerakan yang minimum, yang menyumbang kepada tidur tanpa gangguan.

Di samping itu, ia juga mengetengahkan teknologi gabungan lateks atau getah berbusa memori (memory foam), yang menghasilkan busa yang merangkumi manfaat kedua-dua busa.

Proses penggabungan ini dilakukan tanpa gam yang menghasilkan rasa sentuhan yang unik dan konsisten pada tilam. Lapisan-lapisan yang tidak menimbulkan alahan berkenaan memberikan sokongan terbaik, melegakan titik tekanan pada badan dan mengekalkan kedinginan pada waktu malam yang hangat.

Manakala itu, kemasan permukaan tempat tidur Super Pillow-top yang hanya terdapat pada barisan tilam premium Simmons pula menonjolkan pad bantal yang lebih tinggi dan mewah. Kemewahannya diperlihatkan menerusi bahan berkualiti tinggi seperti fabrik kashmir, kain sakhlat, sutera, lateks dan memori. Setiap elemen tilam Simmons telah menjalani ujian menyeluruh, yang mana jaminan kualiti ketahanannya telah diuji melalui Ujian Kekerasan Universiti Cornell, manakala ujian rollator dram keluli seberat 240 paun membuktikan kestabilan dan keutuhan struktur tilam Simmons seiring waktu.

Untuk mendapatkan produk tilam terunggul daripada jenama Simmons ini, orang ramai boleh mengunjungi bilik pameran Simmons, Home Suite Home di Tingkat 1, Unit 14,15,16 Simpang 150, Regent Square, Kiulap.

ARTIKEL YANG SAMA