Tim Cook ‘berpuas hati’ pengaturan cukai

Tim Cook ‘berpuas hati’ pengaturan cukai

DUBLIN, 15 Nov (AFP) – Ketua eksekutif Apple Tim Cook berkata dia merasa ‘berpuas hati’ sebelum penilaian Kesatuan Eropah (EU) berhubung pengaturan cukai Ireland, ketika syarikat itu mengumumkan 1,000 pekerjaan baru di Ireland semalam.

Pengaturan cukai Ireland dengan syarikat gergasi teknologi AS itu sedang disiasat oleh EU untuk melihat jika wujud perjanjian untuk mewujudkan pekerjaan yang menyamai bantuan kerajaan yang tidak sah, dan penilaian itu dijangkakan tidak lama lagi.

“Saya tidak boleh mengatakan saya tahu yang pastinya mereka pulang dengan apa,” Cook berkata dari ibu pejabat Apple di Eropah di bandar kedua Ireland, Cork, yang mana dia mengumumkan pekerjaan tambahan akan dibentuk menjelang pertengahan 2017.

Apple mempunyai pangkalan di bandar selatan, Cork sejak 1980 dan menggaji 5,000 orang di Ireland. Cook mengumumkan awal semalam bahawa angka itu akan meningkat kepada 6,000 dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Cook berpuas hati mengenai pengaturan cukai dan mengumumkan syarikat itu akan menerima 1,000 pekerjaan baru di Ireland. - Reuters
Cook berpuas hati mengenai pengaturan cukai dan mengumumkan syarikat itu akan menerima 1,000 pekerjaan baru di Ireland. – Reuters

“Angka itu hampir satu suku daripada tenaga kerja Eropah dan kami terus mengembangkan kemudahan kami di sana juga, yang mana itu adalah yang terbesar kami di Eropah,” Cook berkata dalam satu kuliah awal semalam di Unversiti Trinity College Dublin.

Perdana Menteri Ireland Enda Kenny berkata rancangan pekerjaan itu adalah tanda pemulihan ekonomi Ireland yang semakin meluas dan menyifatkannya ‘pemangkin keyakinan yang sangat disambut baik’

Apple adalah salah sebuah firma teknologi sejagat pertama ditubuhkan di Ireland dan telah diikuti dengan banyak nama-nama besar seperti Twitter, Microsoft dan Google yang membuatkan negara itu mendapat jolokan ‘Silicon Valley Eropah’

ARTIKEL YANG SAMA