Tim Howard alami kecederaan otot kaki

Tim Howard alami kecederaan otot kaki

SAN JOSE, Costa Rica, 14 Nov – Penjaga gol veteran, Tim Howard tidak akan menyertai skuad Amerika Syarikat (AS) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 pada pagi Rabu ini untuk bertemu Costa Rica selepas mengalami kecederaan otot di kaki kanannya.

Howard tercedera ketika melakukan sepakan gol pada separuh masa pertama perlawanan Sabtu lalu yang menyaksikan AS tewas 2-1 kepada Mexico di Columbus, Ohio.

Dia kemudian digantikan dengan Brad Guzan pada minit ke-40.

Persekutuan Bola Sepak AS, awal pagi tadi berkata Howard akan kembali ke Colorado, di mana dia beraksi untuk musim pertama bersama pasukan Liga Major Amerika, Rapids untuk penilaian dan rawatan lanjut.

Tim Howard direhatkan kerana mengalami kecederaan otot di kaki. - AFP
Tim Howard direhatkan kerana mengalami kecederaan otot di kaki. – AFP

Penjaga gol berusia 37 tahun itu menjadi tonggak dalam dua edisi Piala Dunia bersama AS.

Dia mengambil cuti selama setahun selepas kejohanan pada 2014 dan digantikan dengan Guzan.

Selepas kembali, bekas penjaga gol Everton itu sering digantikan dengan Guzan yang diletakkan penjaga gol utama bermula pada tahun ini di Copa Amerika.

Selepas meninggalkan Everton, Howard kerap bermain pada musim pertamanya bersama Rapids manakala Guzan yang berusia 32 tahun sudah tidak bermain bersama Middlesbrough sejak Ogo. – AP