Timang anak bakar semangat Chris Froome

Timang anak bakar semangat Chris Froome

L’ALPE D’HUEZ, Perancis, 26 Julai (AFP) – Walaupun Chris Froome bersedia untuk dimahkotakan sebagai juara Jelajah Perancis untuk kali kedua hari ini, tetapi dia sudah merancang untuk kejayaan seterusnya.

Penunggang dari Britain berusia 30 tahun itu berkata, menjadi seorang ayah bakal menjadikannya seseorang lebih kuat dan lebih berazam.

Froome bekerja keras biarpun mengadu sakit dada yang mengehadkan kekalahannya kepada Nairo Quintana pada peringkat ke-20 semalam dan dua penyudah terakhir Jelajah di pendakian ikon Alpe d’Huez.

Tanpa kejadian yang tidak diingingi, dia akan memenangi mahkota Jelajah kedua di Paris hari ini. Quintana kembali memberikan saingan 1minit 20saat ke atas Froome tetapi ketua pasukan Sky itu masih menyelamatkan kemenangan jelajah dengan 1minit 12 saat berbanding penunggang Colombia berusia 25 tahun itu.

Dalam masa beberapa bulan, Froome akan menjadi seorang ayah, tetapi berkata perkara itu tidak akan menjejaskan hasratnya untuk menang.

Chris Froome bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. - Reuters
Chris Froome bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. – Reuters

“Jika sesuatu saya akan memiliki, lebih banyak motivasi dan alasan untuk menggayuh basikal saya dengan lebih pantas,” katanya.

“Jelas, sebagai seorang ayah akan menukar kehidupan saya tetapi banyak penunggang basikal di luar sana mempunyai anak dan melakukan perkara dengan baik.

“Saya telah bercakap kepada ramai penunggang lain dan sebahagian rakan sepasukan saya yang baru–baru ini menimang anak dan ia seperti tenaga yang dihasilkan semula untuk terus memburu kerjaya mereka – saya berharap ia akan berlaku juga dengan saya.”

Froome berkata ketika memenangi Jelajah buat pertama kali pada 2013, bukan sahaja sudah cukup untuk melengkapkan kerjaya seseorang, tetapi bagi bakal bapa itu, proses untuk menyediakan kemenangan merupakan motivasi yang sebenar.