Timba ilmu di KL

Timba ilmu di KL

pg02_150615_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Rombongan seramai 21 pelajar dan tiga guru pengawas dari Politeknik Brunei, kini berada di Kuala Lumpur, Malaysia, bagi lawatan sambil belajar selama tujuh hari, sehingga 19 Jun ini.

Rombongan pelajar yang mengikuti kursus Diploma Lanjutan dalam Sains Komunikasi itu telah berlepas ke Malaysia, kelmarin.

Sepanjang berada di sana, mereka akan mengadakan lawatan rasmi ke Politeknik Metro Kuala Lumpur, Politeknik Banting @ Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara, Muzium Diraja, Muzium Negara dan Muzium P.Ramlee.

Selain itu, rombongan juga akan melawat tempat-tempat menarik seperti Putrajaya, Menara Berkembar KLCC, KL Towers, Muzium Coklat dan Petronas Art Gallery.

ARTIKEL YANG SAMA