Timba ilmu mengenai sistem digital, grafik kejuruteraan

Timba ilmu mengenai sistem digital, grafik kejuruteraan

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 25 April – Seramai 25 orang pelajar Diploma Computer Networking bersama empat orang tenaga pengajar Institusi Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Radio Televisyen Brunei (RTB), Bandar Seri Begawan, hari ini.

Lawatan anjuran Unit Hal Ehwal Pelajar, IBTE Kampus MKJB itu antara lain bertujuan untuk mendedahkan para pelajar mengenai penggunaan sistem digital dan grafik kejuruteraan yang digunakan di RTB.

Selain itu, ia juga mendedahkan kepada para pelajar mengenai teknologi rangkaian dalam bidang komunikasi digital terutamanya dalam bidang siaran televisyen.

Melalui lawatan tersebut, ia dihasratkan supaya pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan dan pendedahan terutamanya dalam bidang kejuruteraan dan info-komunikasi, seterusnya akan dapat membuka minda pelajar untuk lebih bersedia ke alam pekerjaan semasa dan sesudah menjalani penempatan industri nanti.

Pelajar IBTE Kampus Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah membuat lawatan sambil belajar ke RTB.
Pelajar IBTE Kampus Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah membuat lawatan sambil belajar ke RTB.

Selain RTB, para pelajar juga berpeluang membuat lawatan ke Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA