Timba ilmu mengenai tradisi, kebudayaan

Timba ilmu mengenai tradisi, kebudayaan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Para bekas peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara Jepun Ke-41 tahun 2014 (SSEAYP BPY 41) tahun ini sekali lagi mengungkayahkan program kebudayaan melalui Projek Pergerakan Kebudayaan Belia (YCM).

Program Fasa ke-2 ini telah diadakan kelmarin di Sekolah Chung Hwa, dengan penyertaan seramai 145 pelajar dari sekolah berkenaan.

Sekolah Chung Hwa merupakan antara sekolah yang terpilih bagi mengadakan program tersebut yang mana pengisiannya termasuk mempelajari tarian aduk-aduk, membuat dastar dan menapih sinjang.

Timbalan Pengetua, guru-guru dan pelajar serta bekas peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara ke-41 bergambar ramai.
Timbalan Pengetua, guru-guru dan pelajar serta bekas peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara ke-41 bergambar ramai.
Salah seorang pelajar Sekolah Chung Hwa mempelajari salah satu gaya menapih sinjang.
Salah seorang pelajar Sekolah Chung Hwa mempelajari salah satu gaya menapih sinjang.

Menurut Pengerusi YCM, program tersebut diharap dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai warisan adat, tradisi dan kebudayaan orang-orang Brunei terutama dalam kalangan generasi belia.

YCM merupakan satu program sebagai inisiatif belia ke arah mempromosikan kebudayaan yang terdapat di negara ini dan juga mengetengahkan serta mempertahankan budaya tradisi terutama kepada belia zaman teknologi ini.

ARTIKEL YANG SAMA