Timba pengalaman di lapangan

Timba pengalaman di lapangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Rombongan seramai 26 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD), baru-baru ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pameran Pusat Dakwah Islamiah sebagai pendedahan mengenai modul yang mereka ambil di UBD.

Lawatan rombongan terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi yang mengambil modul PB-2303 Islam di Brunei, Akademi Pengajian Brunei, UBD itu, telah dimulakan dengan mendengar taklimat mengenai galeri yang disampaikan oleh Awang Hazmi bin Ibrahim.

Objektif lawatan juga adalah untuk membuka minda para pelajar, di samping dapat memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berharga yang akan diaplikasikan di dalam pembelajaran mereka di UBD.

Gambar ramai mahasiswa-mahasiswi yang mengikuti kursus Akademi Pengajian Brunei; Modul PB–2302 Islam di Brunei bersama kakitangan Pusat Dakwah Islamiah.
Gambar ramai mahasiswa-mahasiswi yang mengikuti kursus Akademi Pengajian Brunei; Modul PB–2302 Islam di Brunei bersama kakitangan Pusat Dakwah Islamiah.

ARTIKEL YANG SAMA