Timba pengeta...

Timba pengetahuan pencegahan kebakaran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

TUTONG, 18 Dis – Seramai 17 orang pegawai dan pekerja Kehasan (B) Sdn Bhd telah menghadiri Taklimat Keselamatan dan Pencegah Kebakaran serta Pertunjukan Cara-cara Penggunaan Alat-alat Pemadam Api yang berlangsung di Pusat Pelupusan Sampah Bukit Udal Tutong, kelmarin.

Taklimat keselamatan dan pencegah kebakaran telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Awam, Cawangan Operasi ‘E’, Balai Bomba Daerah Tutong, Pegawai Balai, Dayang Nur Halimatul Halimah binti Abdullah Chin.

Manakala itu, pertunjukan cara-cara penggunaan alat-alat pemadam api bersesuaian yang terdapat di tempat bangunan pula telah dilakukan oleh Pegawai Penyiasatan dan Pencegah Kebakaran Cawangan Operasi ‘E’, Balai Bomba Daerah Tutong Timbalan Pegawai Balai, Awang Bahrin bin Haji Mohammad Noor.

Pertunjukan cara-cara penggunaan alat-alat pemadam api yang bersesuaian.
Pertunjukan cara-cara penggunaan alat-alat pemadam api yang bersesuaian.
Pegawai dan kakitangan Kehasan (B) Sdn Bhd bergambar ramai bersama pegawai dan anggota bomba semasa taklimat dan tunjuk cara berkenaan.
Pegawai dan kakitangan Kehasan (B) Sdn Bhd bergambar ramai bersama pegawai dan anggota bomba semasa taklimat dan tunjuk cara berkenaan.

Taklimat bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan bagi meningkatkan tahap kesedaran para pegawai dan pekerja syarikat tentang bahaya kebakaran, langkah-langkah pencegahan, serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi kebakaran tidak kira di mana ia berlaku.

Pegawai-pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan juga diberikan kesempatan untuk mengendalikan sendiri alat-alat pemadam api dan perkara yang berkaitan dengan kejadian kebakaran.

Turut hadir ialah Pengurus Kehasan (B) Sdn Bhd, Lau Ah Hwa, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘E’ Balai Bomba Daerah Tutong, Awang Tahir bin Haji Muktal dan Stesen Komander Balai Bomba Daerah Tutong, Awang Hamdani bin Sidek.

ARTIKEL YANG SAMA