Timbalan Menteri di JPM dianugerah pingat S’pura

Timbalan Menteri di JPM dianugerah pingat S’pura

pg03_151125_b

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar telah dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang oleh Presiden Republik Singapura.

Penganugerahan itu telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Undang-undang, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama K. Shanmugam yang berlangsung di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPM hari ini, penganugerahan itu adalah sebagai pengiktirafan kepada peranan aktif serta sumbangan Dato Paduka Haji Hamdan selaku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri kepada kepentingan kerjasama daripada aspek keselamatan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura serta menerusi forum keselamatan serantau.