Timbalan menteri kewangan terima ancaman maut

Timbalan menteri kewangan terima ancaman maut

JOHANNESBURG, 17 Mac (Reuters) – Timbalan Menteri Pertahanan Afrika Selatan menerima ancaman mati sejurus sebelum mengeluarkan kenyataan yang menuduh sebuah keluarga kaya yang mempunyai kaitan dengan Presiden Jacob Zuma menawarkannya jawatan menteri kewangan, lapor surat khabar Business Day hari ini.

Ketika dia mempersiapkan kenyataan menggemparkan, Mcebisi Jonas telah menerima pesanan ringkas dari ‘seorang ahli perniagaan terkenal’ yang memberitahunya supaya diam, menurut surat khabar itu, surat khabar niaga utama harian Afrika Selatan.

Pesanan ringkas itu menyatakan, “Simpan nasihat kamu sendiri……”. Akhbar itu tidak mendedahkan penghantarnya.

Laporan itu adalah perkembangan terkini dalam kisah panjang yang telah menggegarkan kerajaan ekonomi maju Afrika, di tengah anggapan bahawa keluarga Gupta, yang empayar niaganya meluas dari media kepada perlombongan, terlibat dalam keputusan tertinggi politik.

Itu mungkin sehingga kepada keputusan Zuma untuk memecat menteri kewangan yang dihormati Nhlanhla Nene pada Disember lalu, satu langkah yang mengakibatkan kejatuhan pasaran kewangan dan mata wang rand.

Dalam kenyataannya semalam, Jonas berkata keluarga Guptas telah menawarkan jawatan Nene tetapi dia menolaknya, ‘bulat-bulat’ dengan alasan ia memperolok-olokkan demokrasi Afrika Selatan yang berusia 22 tahun.

Zuma dijangka menjawab soalan di parlimen hari ini, dan parti memerintah Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) akan mengadakan mesyuarat berjadual pegawai tertingginya hujung minggu ini yang mana skandal berkenaan akan dibincangkan.

Parti pembangkang menggesa Zuma meletak jawatan, dengan mengatakan keseluruhan kabinet telah sepakat dan jurucakap utamanya Zizi Kodwa berkata parti itu perlu ‘memberi mesej jelas’ bahawa ia tidak boleh dipengaruhi.”

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Gwede Mantashe berkata ia tidak akan membuat sebarang keputusan dengan tergesa-gesa.

ARTIKEL YANG SAMA