Timbalan Menteri Pertahanan terima kunjungan muhibah

Timbalan Menteri Pertahanan terima kunjungan muhibah

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada Timbalan Menteri Pertahanan Bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Pertahanan Jepun, Toru Mimura.

Dalam pertemuan di Bolkiah Garrison, Kementerian Pertahanan itu, kedua-dua belah pihak menegaskan semula hubungan pertahanan dua hala yang cemerlang dan rapat di antara Brunei Darussalam dan Jepun.

Kedua-duanya membincangkan cara-cara untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala di samping isu-isu serantau dan menekankan kepentingan berterusan forum ADMM-Plus untuk mempromosikan kerjasama praktikal serta untuk membangunkan persefahaman bersama.

Kedua-duanya bertukar cenderamata dalam kunjungan itu.
Kedua-duanya bertukar cenderamata dalam kunjungan itu.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, Mimura berada di Brunei Darussalam bagi rangka lawatan rasmi selama dua hari, kelmarin dan hari ini.

Sebagai sebahagian daripada lawatannya, beliau turut bertemu Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, yang mana kedua-dua mereka pada masa ini merupakan pemimpin-pemimpin Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM) bagi negara masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA