Timbalan Menteri Pertahanan terima kunjungan perpisahan

Timbalan Menteri Pertahanan terima kunjungan perpisahan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, menerima kunjungan perpisahan daripada Atase Pertahanan Perancis di Singapura yang ditauliahkan ke Negara Brunei Darussalam, Kapten (L) Yves Postec, yang akan menamatkan perkhidmatannya di majlis yang berlangsung di Bolkiah Garison, kelmarin.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Duta Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Loan Forgeron.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, semasa kunjungan itu, Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz menyatakan kegembiraan diatas hubungan pertahanan yang mesra dan aktif di antara Negara Brunei Darussalam dan Perancis di mana penglibatan aktif kedua-dua buah negara adalah termasuk kegiatan dalam pameran pertahanan, pertukaran lawatan serta pengendalian mesyuarat dua hala Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama secara dwitahunan.

Timbalan Menteri Pertahanan semasa menerima kunjungan perpisahan Atase Pertahanan Perancis, kelmarin. – Gambar ihsan Kementerian Pertahanan.
Timbalan Menteri Pertahanan semasa menerima kunjungan perpisahan Atase Pertahanan Perancis, kelmarin. – Gambar ihsan Kementerian Pertahanan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kapten (L) Yves Postec atas sumbangan beliau dalam meningkatkan hubungan pertahanan dua hala di sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Menurut kenyataan itu, Kapten (L) Philippe Bauzon menggantikan Kapten (L) Yves Postec berkuat kuasa pada Mac 2016.