Timbalan Mufti berlepas ke Kaherah

Timbalan Mufti berlepas ke Kaherah

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin hari ini berlepas ke Kaherah, Republik Arab Mesir bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa yang dianjurkan oleh Majlis Mufti Mesir bermula 17 dan 18 Oktober di Hotel Al Masa (Diamond), Bandar Nasr, Kaherah.

Persidangan bertemakan ‘Scientific Training and Preparation for Imams and Mufties in Countries which have Muslim Minorities’ (Latihan Saintifik dan Persediaan bagi Para Imam dan Mufti di Negara Minoriti Islam) itu turut dihadiri oleh Pegawai Istinbat Kanan Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Abdul Rahman bin Pengarah Haji Mokti.

Persidangan dijangka dihadiri oleh delegasi-delegasi daripada 80 buah negara akan membincangkan beberapa isu penting yang berkaitan dengan minoriti Muslim di negara-negara Barat dan meliputi tatacara untuk mempersiapkan imam-imam menangani ekstremisme dan cara menghadapi cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam.

Dato Seri Setia Dr. Haji Japar dan Haji Abdul Rahman berlepas ke Kaherah bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa.
Dato Seri Setia Dr. Haji Japar dan Haji Abdul Rahman berlepas ke Kaherah bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA