Timbalan Mufti hadiri Seminar Ulama di Pahang

Timbalan Mufti hadiri Seminar Ulama di Pahang

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Timbalan Mufti Kerajaan, Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin hari ini bertolak ke Kuantan, Pahang bagi menghadiri seminar dan seterusnya menjadi Panel Diskusi Seminar Ulama’ Pahang Kali ke-5, Malaysia.

Majlis perasmian serta seminar akan diadakan di sebuah hotel di Kuantan.

Seminar akan berlangsung selama dua hari bermula 23 hingga 24 Mei 2016.

Semasa seminar tersebut, Timbalan Mufti akan menyampaikan satu tajuk diskusi iaitu ‘Pelaksanaan Undang-undang Syariah di Brunei Darussalam’.

Turut mengiringi beliau ke persidangan tersebut ialah Pegawai Istinbat Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Muhammad Ahmad Roza bin Haji Daud.

Seminar tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah.

Seminar Ulama Kali ke-5 ini memfokuskan tema ‘Penyatuan Ummah, Pemerkasaan Ulama dan Umara’ serta Penerapan Konsep Kesederhanaan’.

ARTIKEL YANG SAMA