Timbalan Pendakwa Raya mengaku tidak bersalah minta dan terima suapan

Timbalan Pendakwa Raya mengaku tidak bersalah minta dan terima suapan

TAWAU, 19 Jan – Seorang Timbalan Pendakwa Raya dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah masing-masing membabitkan jumlah RM50,000 dan RM40,000, daripada dua individu, Mei lepas.

Kamalia Yahdi, 33, yang bertugas di Jabatan Peguam Negara Tawau pada ketika itu bersama rakannya Chang Voon Kiat, 45, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dean Wayne Daly semasa pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, Kamalia didakwa meminta suapan bernilai RM50,000 daripada Shang Yee Chew dan Chang Fui Hsia bertempat di Cafe@7 Hotel Promenade di sini, pada kira-kira 5 petang, 15 Mei lepas.

Ia sebagai dorongan membantu menarik balik dua kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Majistret Tawau. – Bernama