Timbalan pengarah kastam Sabah meninggal dunia

Timbalan pengarah kastam Sabah meninggal dunia

TAWAU, 28 Nov – Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Sabah, Yunus Tahir, 58, meninggal dunia dipercayai akibat paru-paru dijangkiti kuman, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, tengah hari tadi.

Menurutnya adiknya, Salamah Tahir, 57, Yunus sebelum ini selalu mengadu sakit dan kerap dimasukkan ke hospital sejak September lepas.

“Sebelum masuk HUKM, arwah ditahan di hospital KPJ Damansara selama seminggu. Abang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12:15 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Salamah berkata, jenazah Yunus akan dihantar pulang malam ini kira-kira pukul 8 malam dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Taman Selesa, Kepayan di Kota Kinabalu untuk urusan pengebumian esok.

“Jenazah akan disolatkan di Masjid Jamek Kampung Ulu Putatan pada jam 9 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ulu Putatan,” katanya.

Arwah anak ketiga dari enam adik beradik meninggalkan seorang balu, Jamilah Abdullah, 50, dan tiga orang anak berumur antara 20 hingga 37 tahun. – Bernama