Timbalan Pesuruhjaya Pakistan adakan kunjungan muhibah

Timbalan Pesuruhjaya Pakistan adakan kunjungan muhibah

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey hari ini mengadakan kunjungan muhibah kepada Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam di pejabatnya dan membincangkan perkara dua hala kepentingan bersama.

Dalam perbincangan itu, Haji Mohd ‘Abdoh menjelaskan bahawa terdapat 1,700 orang warga Pakistan tinggal di Brunei. Mereka merupakan tenaga kerja dalam pelbagai organisasi dalam pelbagai kapasiti. Sekitar 108 warga Pakistan terbabit dalam sektor runcit, borong dan pengilangan.

Beliau berharap dengan pendekatan proaktif, Suruhanjaya Tinggi Pakistan di negara ini boleh memperbaiki lagi hubungan perniagaan.

Menurutnya lagi, lebih banyak komunikasi orang-ke-orang diperlukan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala pada masa akan datang, menambah bahawa pendekatan membina akan membawa manfaat kepada kedua-dua negara.

Pertukaran cenderahati antara kedua-duanya.
Pertukaran cenderahati antara kedua-duanya.

ARTIKEL YANG SAMA