Timbunan sampah runtuh ragut empat jiwa

Timbunan sampah runtuh ragut empat jiwa

BANDAR GUATEMALA, 28 April – Empat orang pengutip barang lusuh maut manakala 15 lagi cedera akibat timbunan sampah yang runtuh di ibu negara Guatemala, lapor pegawai kecemasan.

Jurucakap agensi pengurangan bencana negara, David de Leon berkata, lapan yang cedera dirawat di lokasi tapak pembuangan sampah utama bandar itu, sementara baki mangsa dibawa ke hospital.

Sehubungan itu, majlis perbandaran dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 1,000 pengutip barang lusuh berada di tapak pembuangan itu ketika sebahagian timbunan sampah beralih manakala pihak berkuasa sudah memberikan amaran. – AFP

Pemandangan kawasan kejadian tanah runtuh di tempat pembuangan sampah di Bandar Guatemala pada Rabu lalu. - AFP
Pemandangan kawasan kejadian tanah runtuh di tempat pembuangan sampah di Bandar Guatemala pada Rabu lalu. – AFP