Times Hotel rai ulang tahun ke-5

Times Hotel rai ulang tahun ke-5

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Times Hotel sentiasa meningkatkan perkhidmatan dan prasarana hotel untuk memberikan perkhidmatan serta layanan yang terbaik kepada para pengunjung ke hotel berkenaan.

Pelbagai perubahan dilalui oleh hotel itu sejak penubuhannya lima tahun lalu dan setiap pembaharuan yang dilalui dihasratkan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang menginap di hotel berkenaan.

Sehubungan itu, Times Hotel meraikan ulang tahun ke-5 penubuhan hotel berkenaan dalam majlis ulang tahun yang diadakan di Hallway, hotel berkenaan, Berakas, kelmarin.

Hadir untuk sama-sama meraikan sambutan ulang tahun itu ialah Pengurus Besar Times Hotel, Dayang Nonie, Penolong Pengurus Besar, Sheikh Hilmi, para jemputan khas serta para pegawai dan kakitangan hotel berkenaan.

Ejen Perkhidmatan Tetamu Hotel Times, Awang Mohammed Ali Asma’e bin Mohammad Nasir ketika membacakan kata alu-aluan Pengurus Besar hotel itu berkata bahawa teguhnya berdiri Times Hotel sehingga sekarang adalah tidak lain dan tidak bukan kerana adanya sokongan daripada pihak sektor swasta dan juga daripada jabatan-jabatan kerajaan yang sering membuat tempahan serta menginap di hotel itu.

Sheikh Hilmi ketika memotong kek ulang tahun Times Hotel ke-5 di majlis berkenaan.
Sheikh Hilmi ketika memotong kek ulang tahun Times Hotel ke-5 di majlis berkenaan.
Antara para jemputan yang hadir di majlis sambutan ulang tahun Times Hotel.
Antara para jemputan yang hadir di majlis sambutan ulang tahun Times Hotel.

Pada masa yang sama, pihak hotel juga menyatakan penghargaan kepada semua pegawai pengurusan dan kakitangan hotel itu yang sentiasa bertugas dengan gigih untuk membantu dalam mempromosikan hotel berkenaan serta sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang menginap di hotel itu.

Majlis sambutan itu diserikan dengan pelancaran klip video promosi terbaru bagi hotel berkenaan dan juga acara memotong kek ulang tahun yang disempurnakan oleh Sheikh Hilmi.

Kemudian para jemputan dialu-alukan untuk menikmati jamuan dalam suasana yang santai.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ini, Times Hotel menawarkan bilik pada harga istimewa dan potongan sebanyak lima peratus akan diberikan bagi malam kedua menginap di hotel berkenaan. Promosi istimewa itu bermula hari ini sehingga 30 November, tertakluk kepada terma dan syarat.

ARTIKEL YANG SAMA