Timor-leste minat jadi anggota penuh ASEAN

Timor-leste minat jadi anggota penuh ASEAN

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Timor-Leste berminat untuk menjadi anggota penuh blok ASEAN, yang mana selepas penilaian ekonomi negara itu selesai, akan menyaksikan kemasukannya sebagai anggota ke-11 perkumpulan tersebut.

Perdana Menteri Timor-Leste Rui Maria de Araujo berkata negara itu telah melalui penilaian dalam tempoh lima tahun lepas dengan sekretariat sekarang menyediakan laporan akhir.

“Kami menjangkakan mesyuarat ASEAN akan datang di Laos akan membincangkan keputusan penilaian yang mana selepas itu kami akan mengetahui bila Timor-Leste akan diterima secara rasmi memasuki perkumpulan tersebut,” katanya kepada Bernama di luar acara Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai ASEAN 2016 yang diadakan di sini, baru-baru ini. – Bernama

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan rakan sejawatnya dari Timor Leste, Dr Rui Maria de Araujo (kanan) semasa mengadakan pertemuan selepas menyampaikan ucapan pada Forum Ekonomi Dunia mengenai ASEAN (WEF ASEAN 2016) beberapa hari yang lalu. – Bernama