Tindakan AS rosakkan kepercayaan bersama

Tindakan AS rosakkan kepercayaan bersama

BEIJING, 6 Nov (Reuters) – Rondaan yang dilakukan oleh kapal perang AS ke pulau-pulau kawalan China di Laut China Selatan telah merosakkan kepercayaan bersama di antara China dan Amerika Syarikat dan menyebabkan ketegangan serantau, Menteri Luar China, Wang Yi memberitahu kepada rakan sejawatannya di AS dalam satu perbualan telefon.

Wang memberi ulasan kepada Setiausaha Negara AS John Kerry, dilaporkan oleh televisyen tempatan China hari ini, selepas satu minggu kapal perang AS berlayar hampir kepada salah satu pulau buatan Beijing di Laut China Selatan.

Beijing telah pun berulang kali melahirkan rasa marahnya dengan Washington berikutan rondaan itu.

China menuntut kebanyakan kawasan di Laut China Selatan, melalui dengan lebih dari $5 trilion transit perdagangan dunia setiap tahun. Vietnam, Malaysia, Brunei, Filipina dan Taiwan kesemuanya mempunyai tuntutan.

Wang Yi (kanan) berjabat tangan dengan John Kerry sebelum mesyuarat Kementerian Hal Ehwal Luar di Beijing Mei lepas. – Reuters
Wang Yi (kanan) berjabat tangan dengan John Kerry sebelum mesyuarat Kementerian Hal Ehwal Luar di Beijing Mei lepas. – Reuters

China berharap pertalian asas yang baik dengan Amerika Syarikat seperti yang dimahukan oleh Presiden Xi Jinping ketika membuat lawatan ke sana pada September untuk tidak “menerima gangguan yang tidak perlu,” kata Wang.

“Perbuatan oleh kapal AS di Laut China Selatan telah merosakkan kepercayaan bersama dan menimbulkan ketegangan serantau. China amat bimbang terhadap ini,” menurut laporan daripada Wang sebagai berkata.

“Pihak AS perlu pulang dalam masa secepat mungkin ke jalan yang betul untuk menangani pertikaian melalui dialog dan perundingan,” tambahnya.

Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter membuat penerbangan ke kapal pengangkut pesawat AS yang transit ke Laut China Selatan yang dipertikai kelmarin dan menyalahkan China atas meningkatkan ketegangan di rantau itu.

ARTIKEL YANG SAMA