Terima 4 helikopter untuk perangi Taliban

Terima 4 helikopter untuk perangi Taliban

KABUL/NEW DELHI, 6 Nov (Reuters) – Afghanistan bersedia menerima empat buah helikopter dari India untuk membantunya memerangi pemberontakan Taliban yang semakin meningkat, perjanjian kecil namun bermakna yang menandakan peralihan dalam pencarian Kabul bagi sekutu-sekutu yang mungkin mengundang kemarahan Pakistan.

Tidak lama selepas beliau mengambil alih, Presiden Afghanistan Ashraf Ghani menangguhkan bantuan ketenteraan dari India sementara beliau memujuk kepimpinan ketenteraan dan politik Pakistan supaya menamatkan perseteruan bertahun-tahun mereka dan membawa Taliban, kebanyakannya yang tinggal di Pakistan, ke arah rundingan.

Namun siri-siri pengeboman di Kabul yang menurut Ghani adalah dirancang di Pakistan, diikuti dengan Taliban mengepung bandar-bandar utama termasuklah menguasai Kunduz di utara bagi tempoh singkat, telah mengakibatkan usaha untuk mengukuhkan sokongan di rantau itu.

Helikopter jenis Mi-25 yang akan diberikan kepada pihak Afghanistan. – Reuters
Helikopter jenis Mi-25 yang akan diberikan kepada pihak Afghanistan. – Reuters

Penasihat Keselamatan Kebangsaan Afghan Mohammad Hanif Atmar dijangka berada di New Delhi hujung minggu ini untuk memuktamadkan pemindahan helikopter Mi-25 buatan Rusia, menurut sumber-sumber di New Delhi dan Kabul yang terlibat dalam rancangan itu. Pasukan Afghanistan benar-benar memerlukan kuasa udara untuk merampas perolehan Taliban dan terutamanya helikopter gempur yang mempunyai kuasa tembak, menurut para pegawai.