Tindakan Jepun hiris perasaan mangsa perang

Tindakan Jepun hiris perasaan mangsa perang

TOKYO, 18 Okt – Berbelas ahli perundangan Jepun hari ini menziarahi tanah perkuburan perang berkontroversi dalam ziarah tahunan yang mengundang kemarahan Seoul yang menyifatkan lawatan itu sebagai peringatan peperangan masa lalu Tokyo yang menyakitkan.

Kumpulan itu yang terdiri daripada kira-kira 85 orang ahli politik tiba di tanah perkuburan Yasukuni di pusat bandar Tokyo ketika festival musim luruh selama empat hari.

Kumpulan ahli perundangan Jepun berpakaian sut gelap dan diketuai oleh paderi-paderi shinto memasuki bangunan utama perkuburan itu untuk berdoa bagi mangsa-mangsa yang terbunuh dalam perang Jepun sambil menundukkan kepala di laluan masuk.

Ziarah itu diadakan sehari selepas Perdana Menteri Shinzo Abe yang kerap dikritik bagi apa yang disifatkan oleh sebilangan pihak sebagai seorang komunis yang mengakui rekod waktu perang Jepun, menghantar persembahan ke tanah perkuburan itu tetapi mengelak menziarahinya.

Seorang paderi Shinto mengiringi kumpulan ahli perundangan Jepun melawat perkuburan kontroversi Yasukuni di Tokyo, kelmarin. – AFP
Seorang paderi Shinto mengiringi kumpulan ahli perundangan Jepun melawat perkuburan kontroversi Yasukuni di Tokyo, kelmarin. – AFP

Yasukuni memberi penghormatan kepada berjuta-juta mangsa warga Jepun yang terbunuh dalam perangan termasuk ahli politik dan anggota kanan tentera yang disabitkan dengan kesalahan jenayah perang selepas Perang Dunia II.

Perkuburan agama asli Shinto selama berdekad-dekad lamanya menjadi punca kritikan negara-negara yang menderita akibat dasar penjajahan dan serangan Jepun dalam separuh pertama kurun ke-20 termasuklah China dan Korea Utara serta Korea Selatan.

Korea Selatan memberi respons kepada ziarah hari ini dengan kenyataan yang melahirkan ‘kebimbangan yang amat sangat dan kekecewaan dengan hakikat bahawa ahli perundangan itu sekali lagi menghantar persembahan dan memberi penghormatan di perkuburan Yasukuni mengagungkan serangan peperangan lalu Jepun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA