Tindakan keras Israel musnahkan rumah penyerang Palestin

Tindakan keras Israel musnahkan rumah penyerang Palestin

BAITULMAQDDIS, 6 Okt (AFP) – Israel hari ini memusnahkan rumah dua warga Palestin yang menjadi dalang serangan, dan menutup sebuah bilik di rumah lain, menurut pihak tentera, selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menjanjikan kawalan tanpa belas kasihan terhadap kekacauan yang semakin meningkat dengan rumah-rumah yang dimusnahkan termasuk rumah Ghassan Abu Jamal dan Mohammed Jaabis, menurut kenyataan tentera.

Ia diletakkan di bawah arahan pemusnahan selepas lelaki-lelaki itu menyerang pihak Israel tahun lalu. Abu Jamal dan saudara sepupunya Uday Abu Jamal yang bersenjatakan pencincang daging dan sepucuk pistol, membunuh empat orang ketua agama Yahudi dan seorang anggota polis sebelum ditembak mati pada November 2014.

Jaabis merempuh sebuah bas menggunakan jentolak pada 4 Ogos, membunuh seorang warga Israel dan mencederakan beberapa orang lain. Dia ditembak mati oleh polis di tempat kejadian.

Seorang wartawan melihat api di dalam sebuah rumah di timur Baitulmaqddis yang menurut saksi-saksi adalah bekas kediaman Abu Jamal.

Seorang lelaki Palestin menunjukkan rumah dua rakyat Palestin yang dimusnahkan oleh pasukan keselamatan Israel yang dipercayai terlibat di sebalik serangan kejiranan Palestin Jabal Mukaber di timur Baitulmaqdis, hari ini. – AFP
Seorang lelaki Palestin menunjukkan rumah dua rakyat Palestin yang dimusnahkan oleh pasukan keselamatan Israel yang dipercayai terlibat di sebalik serangan kejiranan Palestin Jabal Mukaber di timur Baitulmaqdis, hari ini. – AFP

Yasser Abdu, 40 tahun, seorang jiran dan rakan kepada Abu Jamal menuduh Israel ‘dasar penghukuman kolektif’

Letupan pemusnahan itu meletupkan bahagian dalam struktur itu tetapi tiang-tiang rumah itu masih kukuh, menurut seorang wartawan.

Letupan itu telah merosakkan pangsapuri lain di bangunan itu dan juga struktur berhampiran. Saksi-saksi berkata polis dan pihak berkuasa lain tiba semalam pada waktu tengah malam, menutup kawasan itu sebelum mengorek dan menanam bahan letupan.