Tindakan keras perlu dibuat

Tindakan keras perlu dibuat

SEOUL, 18 Jun (AFP) – Korea Selatan melaporkan tiga kali kematian dari virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) hari ini, menjadikan jumlah kematian kepada 23 dan menambah kebimbangan bahawa pihak berkuasa tidak begitu mengawal wabak ini setelah WHO mengkritik tindak balas mereka.

Tiga lagi kes virus tersebut disahkan hari ini, walaupun pihak berkuasa berkata awal minggu ini krisis di Korea Selatan itu semakin reda.

Jumlah jangkitan kini menjadi 165, dalam kejadian wabak terbesar MERS terjadi di luar Arab Saudi.

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kelmarin wabak yang berlaku di Korea Selatan merupakan “panggilan kesedaran” dan kekurangan kesedaran terhadap virus di kalangan pekerja kesihatan dan orang awam merupakan penyumbang utama tersebar luasnya virus tersebut.

Para pesakit MERS telah ditempatkan di bilik kecemasan yang mempunyai ramai pesakit, dan kebiasan “doktor membeli-belah” yang bermaksud melawat beberapa hospital untuk memberikan pendapat juga merupakan faktor penyumbang.

Pihak berkuasa menjalankan pembasmian di tempat awam berikutan meningkatnya kes kematian virus MERS di Korea Selatan. - Reuters
Pihak berkuasa menjalankan pembasmian di tempat awam berikutan meningkatnya kes kematian virus MERS di Korea Selatan. – Reuters

Kebiasaan pelawat dan ahli keluarga menjaga pesakit yang dijangkiti di bilik hospital juga membantu penyebaran virus tersebut, menurut apa yang didapati oleh mesyuarat jawatankuasa kecemasan WHO di Geneva.

Para pakar dalam Korea Selatan juga mengkritik kerajaan pimpinan Presiden Park Geun Hye atas tindak balas wabak tersebut.

“Terdapat keraguan sama ada kuarantin dan pemantauan sedang dijalankan secara teliti terhadap ribuan orang yang telah diasingkan”, Kang Cheong-Hee, Timbalan Presiden Persatuan Perubatan Korea memberitahu AFP.

“Pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang lebih keras bagi memastikan kedua-dua pesakit yang disahkan dan pembawa virus tidak bergaul dengan orang biasa”, ujarnya.