Tindakan undang-undang terhadap Kem Sokha diteruskan

Tindakan undang-undang terhadap Kem Sokha diteruskan

PHNOM PENH, 30 Mei – Dewan Kebangsaan Kemboja hari ini mengundi untuk membenarkan pihak berkuasa yang cekap untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas penolong ketua pembangkang yang juga ahli undangan Kem Sokha kerana tidak mengendahkan arahan mahkamah sebanyak dua kali dalam kes pelacuran yang melibatkan wanita yang dikatakan perempuan simpanannya.

Kesemua 68 ahli undangan parti memerintah Parti Rakyat Kambodia(CPP), termasuklah Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen, menyertai dalam sesi parlimen ketika semua ahli undangan parti pembangkang Parti Penyelamat Kebangsaan Kambodia (CNRP) memulaukan sesi parlimen itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA