Tinggal melebihi had tempoh

Tinggal melebihi had tempoh

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160116_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Dua lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan tinggal melebihi tempoh di Brunei Darussalam selepas pas imigresen dan pas melawat mereka mansuh.

Ujang Kosim bin Asdi, 33, dari Karawang berdepan dakwaan tinggal selama 590 hari, dari 4 Jun 2014 hingga tarikh penangkapannya pada 14 Januari 216.

Muhammad Asis bin Mudhar, 46, dari Bandung menghadapi tuduhan tinggal selama 725 hari, dari 20 Januari 2014 sehingga dia ditangkap pada 14 Januari.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 di mana mereka yang tinggal melebihi tempoh 90 hari, akan dihukum penjara tidak kurang dari tiga tahun dan tidak melebihi dua tahun, dan sebatan tidak kurang daripada tiga kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh ditangkap oleh sepasukan penguat kuasa imigresen yang membuat serbuan ke bilik sewa yang terletak di Kampung Bengkurong.

Kedua-dua tertuduh menunjukkan pasport mereka kepada penguat kuasa yang bertugas di mana pas imigresen dan pas melawat yang tertera pada pasport mereka didapati telah mansuh.

Siasatan turut mendapati Ujang Kosim yang sebelum ini bekerja sebagai buruh di salah sebuah perusahaan telah diarahkan untuk pulang ke negara asalnya sebelum 3 Jun 2014 selepas majikannya membatalkan pas kerjanya.

Muhammad Asis sepanjang berada di negara ini telah bekerja sebagai pembersih bebas.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 16 Januari untuk sebutan hukuman.

ARTIKEL YANG SAMA