Tinggal melebihi tempoh

Tinggal melebihi tempoh

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160622_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Dua lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan tinggal di Brunei Darussalam melebihi tempoh yang dibenarkan.

Imam Hidayatullah, 19, mengaku bersalah kerana tinggal selama 419 hari di negara ini sejak pas lawatannya mansuh pada 27 April 2015 sehingga diberkas pada 19 Jun 2016.

Sementara itu, Bakri, 40, juga turut mengaku bersalah kerana tinggal selama 735 hari sejak 16 Jun 2014 sehingga diberkas pada 19 Jun. Kedua-dua tertuduh diberkas oleh sepasukan pegawai penguatkuasa imigresen yang menjalankan operasi di bilik sewa di Kampung Tanjung Nangka.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 dan dihukum di bawah Seksyen 15(2) yang sama di mana mereka yang berada di negara ini secara tidak sah untuk tempoh yang melebihi 90 hari, akan dikenakan pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi dari dua tahun, dan sebatan tidak kurang daripada tiga sebatan.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman ke atas kedua-dua tertuduh berkuatkuasa hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA