Tinggal melebihi tempoh

Tinggal melebihi tempoh

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160409_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 8 April – Gara-gara tidak memperbaharui tempoh pas lawatan, seorang wanita warga Indonesia dijatuhi empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Suci Apriati, 28, dari Kore, Indonesia mengaku bersalah di hadapan Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman atas pertuduhan tinggal di Brunei Darussalam melebihi tempoh yang dibenarkan.

Dia tanpa sebab yang munasabah didapati tinggal di negara ini selama 440 hari sejak 9 Januari 2015 sehingga ditangkap pada 23 Mac 2016.

“Sepanjang berada di negara ini, defendan bertanggungjawab untuk memastikan pas lawatan yang diberikan itu kekal sah,” tegas Majistret Azrimah sebelum menjatuhkan hukuman.

Fakta kes menyebut, defendan diberkas oleh sepasukan penguat kuasa imigresen dalam serbuan di rumah sewa di Kampung Masin selepas mendapati tempoh pas lawatan yang tertera di pasportnya telah mansuh.

Siasatan turut mendapati, defendan kali terakhir memasuki negara ini pada 25 Disember 2014 melalui Pos Kawalan Kuala Lurah dan hanya diberikan pas lawatan yang sah sehingga 8 Januari 2015.Tidak ada rekod bagi tempoh pelanjutan pas lawatan dibuat oleh defendan selepas tarikh itu.

Sepanjang berada di negara ini, defendan mengaku bekerja sebagai pembantu rumah bebas.

ARTIKEL YANG SAMA