Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    ‘Tinggal sehelai sepinggang’

    AREQUIPA, PERU, 13 FEB – Carmen Manchego merenung saki-baki rumah yang kelihatan muncul dari lumpur jerlus yang menelan bandar perlombongan Peru Pampaylima.

    “Saya tidak mempunyai apa-apa, saya kehilangan segala-galanya,” keluhnya.

    Hujan lebat pada minggu lalu di daerah Mariano Valcarel, rantau barat daya Arequipa telah mencetuskan runtuhan lumpur di pergunungan San Martin.

    Beberapa komuniti telah tertimbus di bawah lumpur dan batu, meninggalkan 18 orang terbunuh dan 20 yang lain hilang.

    “Rumah saya di sana,” beritahu Manchego, seorang suri rumah tangga, kepada AFP. “Segala-galanya dihanyutkan air, ia menimbus semua rumah.”

    Dia adalah seorang daripada lebih 4,300 penduduk yang terjejas akibat bencana itu.
    Beberapa penduduk cuba mendapatkan semula barang-barang milik mereka di bawah runtuhan rumah pasang siap yang roboh akibat aliran lumpur.

    Menurut pihak berkuasa, runtuhan lumpur telah merosakkan 40 peratus daripada grid elektrik di Valcarcel dan lebih daripada 1,000 rumah telah dimusnahkan atau tidak dapat dihuni.

    “Kami tidur dalam khemah yang dibawa oleh Pertahanan Awam dan kami makan di kantin di mana bantuan sedang dihantar,” kata Manchego.

    Tidak adanya khemah yang cukup untuk semua orang, memaksa sesetengah penduduk tidur di atas gunung. – AFP

    Gambar udara menunjukkan kemusnahan akibat runtuhan lumpur berpunca daripada hujan lebat di Wilayah Camana, barat Arequipa, selatan Peru baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...