Tinggal tiga pusat pemindahan banjir di Serian

Tinggal tiga pusat pemindahan banjir di Serian

KUCHING, 26 Feb (Bernama) – Sebuah lagi pusat pemindahan banjir di Serian ditutup, menjadikan tiga pusat pemindahan banjir di daerah itu masih memberi perlindungan kepada 992 mangsa daripada 335 keluarga, setakat 12 tengah hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak Siti Huzaiman Ibrahim berkata jumlah mangsa menampakkan sedikit penurunan berbanding 1,005 mangsa daripada 341 keluarga pagi tadi.

Beliau berkata pusat pemindahan yang masih beroperasi adalah Dewan Masyarakat Serian, Dewan Masyarakat Gedong dan Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh.Menurutnya keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari lepas dijangka terus mengurangkan lagi jumlah mangsa di pusat pemindahan hari ini.

Keadaan banjir yang mula surut diambil dari Unit Dron Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak pada pukul 2 petang kelmarin di Kampung Hulu, Serian, kira-kira 60 km dari Bandaraya Kuching, kelmarin. – Bernama