Tingkat bina landasan kereta api laju

Tingkat bina landasan kereta api laju

BEIJING, 17 Ogos (Reuters) – China telah meningkatkan usaha untuk membina landasan kereta api laju ketika ketetapan sasaran pelaburan tahunan masih jauh daripada dapat dicapai.

Hari ini, landasan kereta api laju timur utara China memulakan operasi di Wilayah Heilongjiang. Perjalanan dari Bandar Harbin, bandar wilayah, ke Bandar Qiqihar berkurang dari tiga jam kepada 85 minit.

Minggu lalu, kerja-kerja pembinaan landasan kereta api yang menghubungkan Bandar Jinan dan Bandar Qingdao di Wilayah Shandong, timur China dirasmikan. Kerajaan-kerajaan setempat akan mengumpul pelaburan 80 peratus dari 60 bilion yuan, manakala kesemua projek lain terutamanya dibiayai oleh Perbadanan Landasan Kereta api China. China yang mempunyai landasan kereta api sejauh 120,000 kilometer pada tahun 2014, rangkaian kedua terpanjang di dunia, termasuklah landasan kereta api laju sejauh 16,000km, rangkaian kereta api laju terpanjang di dunia, telah melaburkan lebih 265.1 bilion yuan dalam pembinaan landasan kereta api domestik dalam separuh pertama 2015, meningkat 12.7 peratus dari tempoh sama tahun lalu.

Penambahan 2,226 km landasan kereta api baru telah bermula perkhidmatannya. Pada awal tahun ini, China menetapkan sasaran untuk melabur lebih 800 bilion yuan dalam pembinaan landasan kereta api tahun ini, mewujudkan landasan baru sejauh 8,000 km. Ini bermakna negara ini mesti membelanjakan lebih 500 bilion yuan untuk landasan kereta api dan perkhidmatan landasan baru sejauh 5,000 km menjelang akhir tahun ini.

Salah sebuah kereta api laju yang menyediakan khidmat kepada warga China di salah satu wilayah negara tersebut. – Reuters
Salah sebuah kereta api laju yang menyediakan khidmat kepada warga China di salah satu wilayah negara tersebut. – Reuters

“Kerajaan meneruskan dengan pembangunan landasan kereta api dengan usaha besar dan berkembang pada akhir suku tahun ini,” kata Wang Mengshu, seorang pakar landasan kereta api Akademi Kejuruteraan China.

Perkhidmatan kereta api laju yang beroperasi hari ini menghubungkan beberapa bandar paling utara di Chin antaranya Harbin, bandar timur utara Heilongjiang, dengan Qiqihaer, bandar kedua terbesar Heilongjiang, akan mempunyai 28 buah kereta api yang dibentuk untuk mampu bertahan dari cuaca sejuk teruk sehingga -40 darjah selsius.

“Kami telah menggantikan beberapa bahagian kritikal kereta api 5A dengan yang mampu bertahan dengan cuaca sejuk, seperti injap dan gris suhu rendah. Ini menghalang ia mengalami kepincangan ketika suhu sejuk,” kata Huang Lei, timbalan ketua Divisyen Pemeriksaan Teknologi, Jabatan Kereta api laju Pentadbiran Landasan Kereta api Harbin.

ARTIKEL YANG SAMA