Tingkat etika di tempat kerja

Tingkat etika di tempat kerja

Oleh Anwar Rosly

 

BELAIT, 27 Mac – Seramai 26 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Belait, baru-baru ini, telah mengikuti Kursus Rukun Akhlak dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam yang diadakan di Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait, di sini.

Kursus ini diadakan sebagai usaha jabatan melalui Unit Perkembangan Sumber Tenaga Manusia bagi memberikan kefahaman dan pengetahuan setiap individu mempunyai serta menerapkan nilai-nilai murni dan positif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seharian.

Hadir bagi menyampaikan sijil di akhir kursus ialah Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd Taib.

Sementara kursus dikendalikan oleh Penolong Pegawai Latihan dari Institut Perkhidmatan Awam, Haji Noor Husseini bin Haji Mohd Hussien.

Awang Hasmiron menyerahkan sijil kepada salah seorang peserta kursus.
Awang Hasmiron menyerahkan sijil kepada salah seorang peserta kursus.
Antara pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Belait yang mengikuti kursus tersebut.
Antara pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Belait yang mengikuti kursus tersebut.

Hasil daripada kursus tersebut, para peserta mempelajari bagaimana cara untuk menjaga amanah yang diberikan dan patuh arahan yang diberikan oleh ketua sama secara persendirian atau berpasukan.

Di samping itu, kursus ini mengajar para peserta berdisiplin dari semua aspek daripada cara berpakaian sehingga cara berhadapan dengan orang ramai atau sesama rakan setugas.

Para peserta kursus juga diajar cara-cara untuk menghadapi sesuatu masalah dan menyelesaikan masalah tersebut melalui pendekatan-pendekatan yang baru yang lebih inovatif, kreatif dan jangan hanya berpuas hati dengan cara yang rutin walaupun hasilnya ala kadar saja.

ARTIKEL YANG SAMA