Tingkat hubungan dua negara

Tingkat hubungan dua negara

Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Republik Islam Pakistan ke-76 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong dan datin. Turut hadir ialah para perwakilan luar negara, konsulat dan para jemputan lain.

Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik dalam ucapan alu-aluannya pada majlis itu antara lain menekankan mengenai hubungan erat Pakistan dan Brunei yang telah lama terjalin dari segi pembangunan ekonomi, visi dan agama serta kebudayaan.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali memotong kek bersama Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik dan isteri masing-masing.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali memotong kek bersama Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik dan isteri masing-masing.

Dalam pada itu, Tuan Yang Terutama juga mempelawa Brunei untuk membuat kajian apa yang Pakistan dapat tawarkan dan melihat kerjasama dalam pelbagai bidang.

Beliau menyatakan harapan untuk mempertingkatkan lagi hubungan erat kedua-dua buah negara dan mempelawa syarikat-syarikat dari Brunei dan Pakistan untuk mengambil inisiatif dan meneroka kerjasama perniagaan bagi menambah prospek ekonomi.

Majlis resepsi berkenaan turut menyaksikan acara memotong kek sambutan oleh Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali dan TYT Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik berserta isteri masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA