Tingkat hubungan ekonomi Bahrain, M’sia

Tingkat hubungan ekonomi Bahrain, M’sia

MANAMA, Bahrain, 1 April (Bernama) – Bahrain yang sering dirujuk sebagai pintu masuk ke Teluk, akan terus meneroka peluang baharu serta idea inovatif bagi mengembang dan meningkatkan lagi hubungan dua hala dengan Malaysia dalam semua bidang, terutama kewangan Islam.

Dengan menekankan hubungan strategik yang sudah lama terjalin di antara Bahrain dan Malaysia, Pengarah Eksekutif (Penyeliaan Perbankan) Bank Pusat Bahrain (CBB), Khalid Hamad berkata, ia dibina berdasarkan komitmen kukuh bagi memantapkan semua peringkat kerjasama untuk mencapai matlamat strategik yang dikongsi bersama.

“Hubungan kita sudah lama terjalin. Bahrain dan Malaysia mempunyai hubungan kukuh, terutama dalam industri kewangan, di mana kedua-dua negara beroperasi sebagai hab untuk rantau masing-masing,” katanya kepada wartawan Malaysia yang menyertai program membiasakan diri ke negara itu yang dianjurkan Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain, baru-baru ini.

Terdapat potensi besar untuk pembangunan kewangan Islam di sini dan Bahrain adalah peneraju dalam perbankan Islam berikutan ia mempunyai kelompok bank Islam terbesar.

ARTIKEL YANG SAMA