Tingkat hubungan kerjasama

Tingkat hubungan kerjasama

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah, hari ini, menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kebudayaan, kemasyarakatan dan Belia Republik Singapura, Puan Yang Yang Terutama Grace Fu dan Menteri Kanan Kanan Negara bagi Kementerian Kewangan dan Kementerian Kebudayaan, kemasyarakatan dan Belia Republik Singapura, Puan Yang Terutama Sim Ann.

Puan Yang Terutama Grace Fu dan Puan Yang Terutama Sim Ann bersama delegasi Program Pertukaran Kepimpinan Belia Singapura-Brunei (SBYLEP) 2015 berada di negara ini dalam rangka lawatan kerja selama empat hari bermula 4 Oktober 2015.

Semasa kunjungan hormat di pejabat Yang Berhormat Pehin, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Jalan Kebangsaan, kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan bagi meningkatkan hubungan kerjasama dan bidang kepentingan bersama dalam usaha mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara yang telah lama terjalin. Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap di KKBS, Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad dan para pegawai dari kedua-dua belah pihak.

Yang Berhormat Pehin Haji Hazair ketika menerima kunjungan daripada Puan Yang Terutama Grace Fu dan Puan Yang Terutama Sim Ann.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair ketika menerima kunjungan daripada Puan Yang Terutama Grace Fu dan Puan Yang Terutama Sim Ann.

ARTIKEL YANG SAMA