Tingkat idea perniagaan

Tingkat idea perniagaan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Sept – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar dalam bidang keusahawanan dan inovasi, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) memulakan program penglibatan 14 minggu bersama beberapa institusi pengajian tinggi bermula Ogos lalu.

Program berkenaan diteruskan lagi hari ini dengan sesi pembentangan daripada 24 pelajar Institut Teknologi Brunei (ITB), yang telah mencipta tujuh syarikat permulaan (startup) yang berlangsung di Auditorium iCentre.

Dalam sesi itu, para peserta membentangkan cadangan perniagaan masing-masing kepada panel pegawai BEDB, yang memberikan input dan cadangan bagaimana idea-idea yang ada ini secara lebih halus lagi.

Antara tujuan program seperti ini adalah untuk menggalakkan peserta dan pelajar untuk menghasilkan teknologi baru dan penyelesaian yang inovatif, serta merumuskan idea-idea perniagaan, pembinaan pasukan dan pembentangan idea-idea mereka kepada para pelanggan, pakar-pakar industri dan pelabur yang berpotensi.

Antara pelajar yang membentangkan idea-idea perniagaan mereka kepada panel pegawai BEDB sambil disaksikan rakan mereka yang lain.
Antara pelajar yang membentangkan idea-idea perniagaan mereka kepada panel pegawai BEDB sambil disaksikan rakan mereka yang lain.

Pada minggu-minggu akan datang, tujuh startups akan terus meningkatkan idea-idea perniagaan mereka, dan akan bersaing dalam sesi pembentangan sengit “Dragon’s Dens” bersama beberapa pemimpin perniagaan dan industri pada Oktober ini.

Startup berkenaan juga akan mempunyai peluang untuk mempromosikan produk dan idea mereka kepada orang ramai sepanjang musim Hari Demo pada November ini.

Program ini turut melibatkan ITB, Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan serta Institut Pendidikan Teknikal Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA