Tingkat keberkesanan penerimaan masyarakat

Tingkat keberkesanan penerimaan masyarakat

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Bagi meningkatkan keberkesanan program seliaan ke arah penerimaan semula masyarakat dan keluarga, Perkhidmatan Kaunseling dan Seliaan, Jabatan Penjara dengan kerjasama Pusat Khidmat Annur Harapan, mengadakan Program Menyusur Jalan Pulang untuk bekas penghuni atau lebih dikenali sebagai ‘Rakan Seliaan’, yang telah berakhir hari ini.

Majlis penutup program tiga hari berkenaan telah diadakan di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat yang turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta dan fasilitator program. Seramai 12 orang rakan seliaan telah mengikuti program itu terdiri daripada bekas-bekas penghuni dari Institusi Penjara di negara ini.

Majlis turut diselajurkan dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Perkhidmatan Cuci Kereta antara Perkhidmatan Kaunseling dan Seliaan, Jabatan Penjara dengan Syarikat Aksesori dan Perkhidmatan Auto Asma Boy. Program yang bermula dari 8 Disember lalu itu diisi dengan sesi taklimat daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta dan lawatan ke Syarikat Sabli Foods Industries dan Majlis Perundingan Kampung Sungai Matan.

Pemangku Pengarah Penjara menyampaikan kepada sijil peserta program.
Pemangku Pengarah Penjara menyampaikan kepada sijil peserta program.

ARTIKEL YANG SAMA